BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PMR 2010


I made this widget at MyFlashFetish.com.

abi wa umi

abi wa umi

my braders and a sister

my braders and a sister

Sesungguhnya agama islam itu indah...=>

Friday, July 31, 2009

Zaman Kegemilangan Khulafa’ Al-Mu’minin- bhg 2

Bahagian 2-“Penyokong Akhirnya Patah”

Apabila Henry mendapat tahu bahawa ada seorang utusan datang untuk menghadapnya, dia segera menyuruh pegawainya membawa dia masuk. Umar datang kepada Henry dan memberikan surat yang diutuskan oleh Khalifah Azfar kepadanya. Henry membaca surat tersebut dan meminta izin kepada Umar untuk berbincang bersama pegawai-pegawainya. Henry kemudian bertanya, “Kini tentera Islam telah mendarat di Cordoba tanpa kita sedari. Mereka akan menyerang kita pada bila-bila masa sahaja. Apakah yang patut kita lakukan? Adakah kita harus menerima tawaran perdamaian mereka?” Salah seorang daripada pegawainya bangkit dan berkata, “Sesungguhnya, negara kita merupakan negara yang miskin dan tidak mempunyai tentera yang ramai. Kita terima sahajalah tawaran mereka itu.” Semua pegawai yang berada di situ pun bersetuju. Henry kemudiannya berjumpa dengan Umar dan berkata, “Kami menerima tawaran perdamaian kamu. Dan saya juga bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.” Umar kemudiannya berangkat bersama tenteranya menuju ke pangkalan tentera dan menyampaikan berita gembira itu kepada Khalifah Azfar. Khalifah Azfar mengucapkan beribu kesyukuran kepada Allah. Kemudian, dia menyuruh tenteranya berangkat ke Malaga. Setibanya di Malaga, mereka disambut dengan meriah oleh penduduk di sana. Kemudian, dengan izin penduduk Sepanyol, nama Sepanyol ditukarkan semula kepada Andalusia.

Khalifah Azfar kemudiannya menyuruh Umar menulis surat untuk diutuskan kepada Tuan Vasco di Portugis dan Raja George di Britain. Diringkaskan cerita, apabila kedua-dua pemimpin menerima surat tersebut, mereka bersepakat untuk menyerang tentera Islam di Sepanyol. Vasco berkata kepada George, “Sediakan tentera secepat mungkin dan kumpulkan mereka di Hungary. Kita akan menyerang mereka pada pagi Sabtu minggu depan.”

Khalifah Azfar tahu akan rancangan mereka. Jadi, dia segera menyuruh Umar memanggil komander-komandernya untuk bermesyuarat. Selepas semua komander dipanggil, Khalifah Azfar berkata, “Sesungguhnya Portugal dan Britain telah mengumpulkan tentera mereka di Hungary untuk menyerang kita. Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik kita menyerang mereka pada malam ini juga?” Komander Asqar berkata, “Bukankah pada masa dahulu, tuan ada mengatakan yang keputusan yang terburu-buru akan membawa kepada kecelakaan?” Khalifah Azfar tiba-tiba teringat akan kata-kata tersebut. “Terima kasih kerana mengingati saya tentang perkara itu.” Kemudian, Komander Hamzah berkata, “Apa kata kita hantar sekumpulan penyiasat ke Hungary untuk menyiasat perkara itu? Dan apabila perkara itu terbukti kebenarannya, baru kita hantar tentera kita untuk menyerang pangkalan tersebut.” Semua yang berada di situ setuju dengan cadangan Hamzah. “Baiklah. Kalau begitu, kita akan menghantar kumpulan penyiasat ke sana.”

Genap lima hari, kumpulan penyiasat tersebut kembali ke Andalusia dengan selamat. Mereka berkata, “Wahai Amirul Mu’minin, perkara yang tuan katakan lima hari yang lalu itu memang benar. Mereka akan menyerang kita pada pagi Sabtu miggu depan. Sekiranya kita tidak buat apa-apa tindakan, mereka akan bertambah kuat dan kita tidak mampu untuk menyerang mereka.” Hamzah yang kebetulan berada di situ terus bertanya, “Apakah yang patut kita lakukan wahai Amirul Mu’minin?” Khalifah segera menjawab, “Kita akan bertolak pada pagi ini. Kemudian, kita akan melakukan serang hendap terhadap mereka pada waktu malam.”

Pada pagi itu juga, Khalifah Azfar bersama-sama komandernya bertolak dengan bala tentera seramai 220,000 orang mereka menuju ke Hungary. Setibanya mereka pada waktu petang keesokan harinya, Khalifah Azfar menyuruh tenteranya berehat di pinggir bandar. Kemudian dia menyusun strategi bersama-sama komandernya. “Baiklah, kita akan dibahagikan kepada lima kumpulan. Kumpulan pertama akan diketuai Komander Asqar untuk melakukan penyerangan dari udara. Kumpulan kedua akan diketuai oleh Komander Nusyirwan untuk menyerang dari bahagian selatan. Kumpulan ketiga akan diketuai oleh Komander Umaiyah untuk menyerang dari bahagian barat. Kumpulan Komander Hamzah akan menyerang dari bahagian utara dan saya sendiri akan mengetuai kumpulan saya menyerang dari bahagian timur.” Kemudian Khalifah Azfar berkata Komander Asqar, “Wahai Asqar, sesungguhnya kumpulan kamu merupakan kumpulan bantuan sahaja. Kamu akan memainkan peranan kamu apabila kita hampir kalah.” Komander Asqar menerimanya dengan hati yang redha. “Kita akan memulakan serangan apabila kamu mendengar laungan takbir sebanyak tiga kali dari arah timur. Baiklah, berkumpullah kamu semua di tempat kamu. Semoga Allah merahmati kita semua.”

Jumaat malam Sabtu. Malam itu begitu sepi sekali. Tentera Kafir sedang nyenyak tidur di dalam khemah mereka. Selepas itu, Khalifah Azfar berdoa di dalam hatinya. “Ya Allah, bantulah kami memerangi musuhmu.” Kemudian, Khalifah Azfar melaungkan laungan takbir sebanyak tiga kali disambut sekali dengan tenteranya.

“Allahuakbar!!!”

“Allahuakbar!!!”

“Allahuakbar!!!”

Sebaik sahaja ketiga-tiga komander mendengar laungan tersebut, mereka segera menyambutnya dan bermulalah peperangan pertama antara umat Islam dengan orang Kafir di bumi Eropah pada abad ke-21. Tentera Kafir yang sedang nyenyak tidur, terkejut sekali mendengar laungan tersebut dan bingkas bangun untuk menyerang tentera Islam. Ramai musuh Allah yang mati akibat tidak sempat untuk menentang tentera Islam. Raja George menyerang tentera Islam dengan begitu semangat sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada tentera Islam. Seorang hamba Allah ini yang tidak tahan mendengar cacian tersebut segera mengambil mesingan jenis X-95 dan melepaskan tembakan ke arah Raja George. Raja George mati dalam keadaan yang begitu teruk. Bandannya hancur akibat terkena tembakan itu.

Apabila tentera Britain melihat raja mereka dibunuh, mereka segera mengangkat kain putih tanda mereka menyerah kalah. Tentera Portugal pula segera melarikan diri apabila melihat kejadian tersebut. Tentera Islam yang berada di situ mengucapkan beribu-ribu kesyukuran kepada Allah Ta’ala.

Pagi keesokannya, Khalifah Azfar berkata kepada semua komandernya di Hungary, “Wahai komander sekalian, semalam saya telah manghantar sekumpulan pengintip untuk mengintip pergerakan tentera Portugal. Menurut mereka, sekarang semua musuh Allah itu berada di negeri Syahristan Ruzan, sebuah negeri yang berada di bahagian barat Portugal. Dan mereka juga mengatakan bahawa tentera Portugal sedang mengumpul semula kekuatan ketenteraan untuk menyerang kita di sini. Jadi, apa yang patut kita lakukan sekarang ialah kita menyusun strategi yang sama seperti kita menyerang pangakalan ini tetapi, kali ini berlainan sedikit. Kita akan memulakan penyerangan kita dari udara. Jet pejuang kita jenis XY-8905 akan menghancurkan segala jenis bahan komunikasi dan tembok yang mengelilingi negeri tersebut. Kemudian, kita akan memulakan penyerangan dari darat.” Semua yang berada di situ setuju. Komander Asqar bertanya, “Bilakah kita ingin melakukan semua ini?” Khalifah Azfar menjawab, “Tengah malam esok.”

Pada malam yang ditetapkan, kumpulan Komander Asqar memulakan penyerangan dari udara. Komander Asqar kemudian menyuruh tenteranya mensasarkan bahagian tembok dan menara komunikasi yang berada di tengah-tengah negeri. Tentera Portugal yang sedang nyenyak tidur di dalam khemah masing-masing terkejut dengan bunyi dentuman tersebut. Apabila mereka keluar, mereka mendapati bahawa tiada lagi tembok mengelilingi Syahristan Ruzan dan menara komunikasi yang merupakan sistem perhubungan utama mereka.

Dengan berbekalkan semangat jihad yang terdapat di dalam hati tentera Islam, tentera Islam mara dengan semangat sekali. Musuh-musuh Allah begitu terkejut sekali melihat tentera Islam yang bilangan mereka berlipat kali ganda daripada mereka. Namun begitu, tentera Portugal terus mara ke arah tentera Islam. Salah seorang tentera Portugal berkata kepada kawannya, “Nampaknya kita sudah tiada lagi harapan untuk memenangi perperangan ini. Tentera Islam mara dengan begitu semangat sekali.” Rakannya menjawab, “Biarlah mereka mara dengan cara apa sekalipun, asalkan kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang askar.”

Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh tentera Islam berjaya mengkucar-kacirkan sistem pertahanan mereka. Akhirnya, negeri Syahristan Ruzan jatuh ke tangan umat Islam. Dengan jatuhnya negeri ini juga, tentera Islam berjaya menawan Portugal.

Kemudian, Khalifah Azfar berkata kepada Komander Hamzah, “Sesungguhnya kita telah berjaya melaksanakan misi pertama kita dengan menawan tiga negeri yang memberi sokongan kuat kepada Richard.” Hamzah bertanya, “Apakah yang patut kita lakukan selepas ini?” Khalifah Azfar menjawab, “Kita akan bahagikan tentera kita seperti yang dirancang di Darul Makmur. Mungkin ini merupakan kali terakhir kita berjumpa sebelum menawan Edirne.” Selepas itu, Khalifah Azfar meminta semua tenteranya untuk berkumpul di suatu tempat. Selepas mereka berkumpul di tempat itu, Amirul Mu’minin berkata, “Saya berwasiat kepada kamu semua, taatlah kepada Allah, taatlah kepada rasulnya dan taatlah kepada ketua yang dilantik bagi memimpin kamu. Nescaya kamu berjaya dunia dan akhirat.

Kemudian dia berwasiat lagi, “Berperanglah kamu semua kerana Tuhan dan bukan harta ataupun nama. Saya berwasiat kepada saudara, jangan membakar tanaman atau dusun buah-buahan mereka. Jangan membunuh wanita dan orang tua kecuali sekiranyamereka memegang senjata dan jangan bunuh kanak-kanak mereka, jangan bunuh mereka yang berlindung di dalam rumah dan tempat ibadat.”

Kesemua tentera Islam berjanji untuk mematuhi wasiat Khalifah Azfar. Tidak lama kemudian, terbahagilah kesemua tentera Islam kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan terus menuju ke negara yang telah dipertanggungjawabkan oleh khalifah untuk ditawan.

-Bahagian 2 tamat-

0 comments: