BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PMR 2010


I made this widget at MyFlashFetish.com.

abi wa umi

abi wa umi

my braders and a sister

my braders and a sister

Sesungguhnya agama islam itu indah...=>

Saturday, August 22, 2009

Zaman Kegemilangan Khulafa’ Al-Mu’minin - Bhg3

Bahagian 3- “ Itali dan Jerman Diambang Kejatuhan”

Obor Islam yang dibawa oleh Khalifah Azfar Mu’mein Syirkuwah dan pasukan tenteranya cepat merebak di seluruh Eropah. Berita berkenaan kegagahan tentera Islam dan kejatuhan tiga negara yang menyokong Richard tersebar ke merata ceruk rantau. Mereka mula tertarik dengan Islam. Namun, ada juga yang memusuhi mereka.

Kemudian tentera Islam bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Tugas mereka menjadi mudah kerana tiada penentangan di pertengahan jalan. Apabila orang ramai mendengar berita tentera Islam dalam perjalanan bagi menawan negara-negara besar itu, ramai yang datang bagi menemui panglima Islam.

“Kami sedia bergabung dengan tentera Islam bagi memerangi pemimpin yang kejam itu. Kami sudah lama menderita dibawah pemerintahannya,” kata penduduk kampung di kawasan yang mereka singgah.

Ibarat kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Permintaan itu diterima dengan baik oleh tentera Islam. Dengan ini bilangan mereka semakin ramai. Negara-negara besar yang menjadi kebanggaan Eropah diambang kejatuhan.

“Kelak, Islam akan berkuasa di seluruh Eropah. Kita akan terlepas daripada belenggu kezaliman,” kata orang ramai sambil mengalu-alukan kedatangan tentera Islam. Kemudian, Khalifah Azfar bersama-sama tenteranya sampai di Itali.

Pada malam itu, penduduk negara Itali segera mengadakan mesyuarat tergempar. Mereka membincangkan tindakan apa yang patut merka lakukan. “Khalifah Azfar merupakan seorang yang paling bijak dalam mengaturkan strategi peperangan. Dia belum pernah tewas lagi di medan perang. Askar-askar Britain dan Porugal yang hampir berjumlah 500 ribu orang itu berjaya mereka kalahkan. Inikan pula saudara yang tidak tahu berperang.”

Sebahagian daripada mereka yang menentangnya berkata sebaliknya, “Menurut Richard, tentera Islam datang untuk menjajah kita. Mereka membunuh sekiranya kita melawan. Dan sekiranya kita menyerah, kita dipaksa menukar agama lain.”

Utusan itu pun membalas, “Sesungguhnya Richard yang bersikap kejam kepada kamu. Selama ini mereka yang menganiaya kamu. Tetapi tindakan kejam seperti itu tidak pernah dilakukan oleh tentera Islam. Mereka tidak pernah menganiaya dan menindas rakyat. Tentera Islam juga datang ke sini untuk melepaskan kamu daripada kekejaman Richard.”

Akhirnya rakyat negara Itali mencapai kata sepakat mahu berdamai dengan tentera Islam.

“Khalifah Azfar suruh saya menyampaikan surat ini kepada kamu semua. Wakil rakyat Itali membuka dan membaca surat tersebut.” kata utusan itu. Di dalam surat itu tertulis:

“Segala pujian bagi Allah dan junjungan mulia kepada rasulnya, Nabi Muhammad S.A.W. Surat ini daripada Khalifah Azfar Mu’mein Syirkuwah kepada rakyat negara Itali. Esok pagi tentera Islam akan memasuki negara Itali. Sesiapa yang berlindung di dalam rumah ibadat tidak diganggu. Sesiapa yang berada di dalam rumah masing-masing dengan pintu tertutup rapat juga tidak akan diganggu. Tetapi mereka yang mengangkat senjata akan diperangi.”

Orang ramai berjanji mematuhi pesanan tersebut. Keesokan paginya, tentera Islam di bawah pimpimpinan Khalifah Azfar memasuki negara tersebut tanpa menerima sebarang tentangan. Orang ramai yang berlindung di dalam rumah masing-masing mula keluar daripada rumah mereka sambil membawa bunga sebagai tanda perdamaian.

“Saya teringat sejarah penaklukan kota Mekah. Nabi Muhammad dan pasukan tenteranya masuk ke kota Mokah dengan aman tanpa pertumpahan darah.” kata Khalifah Azfar dengan gembira.

“Kita berjaya kerana mengikut sunnah Rasullulah.” kata salah seorang tenteranya.

“Kita bermukim di sini dahulu. Selepas Komander Nusyirwan menakluk Mada’in, kita akan bertolak ke sana segera untuk bergabung dengan pasukan tentera Islam yang lain. Kemudian kita akan melancarkan peperangan terhadap Edirne.” kata Khalifah Azfar.

Pada masa yang sama, Komander Hamzah sedang sedaya upaya untuk menawan Jerman. Pemimpin negara itu menolak tawaran perdamaian Komander Hamzah kerana telah terpengaruh dengan hasutan Richard.

“Kita tidak dapat maju ke hadapan kerana dihalang oleh jet pejuang mereka. Tembok mereka juga tidak dapat kita panjat kerana telah dihalang oleh tentera elit Janissari mereka.” kata salah seorang tentera Komander Hamzah. “Kita akan melakukan penyerangan pada waktu malam.” balas Komander Hamzah.

Ketika tentera Jerman sedang nyenyak tidur, tentera Islam memanjat tembok tersebut dengan perlahan tetapi pantas. Menjelang pagi, tentera Islam berjaya menawan negara tersebut.

Apabila Alfred Rodriguez, pemimpin Jerman bangun daripada tidur, dia mendapati bahawa tentera Islam berjaya menakluk negara tersebut. Alfred tiada pilihan lain. Dia mengajak pengikutnya yang lain melarikan diri melalui jalan rahsia. Rakyat berasa sungguh kecewa dengan tindakan pengecut pemimpin mereka itu. Mereka terpaksa menyerah diri kepada pihak Islam. Akhirnya, tentera Islam berjaya menguasai seluruh Jerman.

0 comments: