BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PMR 2010


I made this widget at MyFlashFetish.com.

abi wa umi

abi wa umi

my braders and a sister

my braders and a sister

Sesungguhnya agama islam itu indah...=>

Wednesday, June 10, 2009

Zaman Kegemilangan Khulafa’ Al-Mu’minin - bhg 1

Zaman Kegemilangan Khulafa’ Al-Mu’minin

Bahagian 1- “Kempen bermula”

Islam kini hampir berada di puncak kegemilangannya. Cahaya Islam telah menerangi hampir 2/3 dunia. Khalifah Azfar ibn Mu’mein Syirkuwah menaiki takhta. Amerika dan Palestin kini berada dibawah naungan Islam. Kini cuma satu lagi kuasa besar yang menentang pemerintahan Islam iaitu Eropah. Parti Liberal mengambil alih pucuk kepimpinan di seluruh benua Eropah. Sasaran mereka satu: Menghancurkan Islam daripada dunia ini dan memastikan tiada lagi kuasa besar Islam yang akan bangkit semula. Sasaran ini telah tercapai apabila jatuhnya Empayar Turki Uthmaniah. Dan apabila sistem Khilafah dilaksanakan semula di Darul Makmur, mereka telah menyusun strategi untuk mengulangi semula apa yang telah dilakukan hampir seabad yang lalu. Pada masa inilah kisah ini mengambil tempat.

Darul Makmur- “Wahai Hamzah pembantuku, utuslah surat kepada pemerintah Eropah”, pinta khalifah. Kemudian Khalifah Azfar menyuruh Umar menulis surat kepada pemerintah Eropah. Surat itu mengatakan,

“Pertama sekali, pujian ke hadrat Illahi dan rasulnya, Nabi Muhammad s.a.w. Surat ini daripada Azfar ibn Mu’mein Syirkuwah kepada Richard, pemerintah benua Eropah. Ketahuilah oleh kamu bahawa Amerika dan Palestin kini berada di bawah naungan Islam. Cuma sebuah lagi kuasa besar yang belum lagi berada di bawah naungan kami iaitu Eropah. Sesungguhnya kamu telah membuat banyak kebinasaan kepada negeri di bawah naungan kami. Namun begitu kami tetap bersabar dan membaiki segala kebinasaan yang telah kamu lakukan. Sekiranya engkau berbuat baik kepada kami, apabila kamu menerima surat ini hendaklah kamu berdamai dengan kami. Sekiranya engkau menurut seperti yang saya katakan ini, kami berasa sangat gembira. Sekiranya kamu ingkar, kami akan mengishtiharkan perang terhadap kamu kerana kamu telah memerangi kami sejak sepuluh tahun yang lalu. Sesungguhnya kami dituntut untuk sukakan perdamaian daripada peperangan.”

“Wahai Hamzah, sesungguhnya kamu seorang sahaja yang layak untuk mengutuskan surat ini. Bertolaklah kamu ke Eropah pada waktu malam bersama 1,000 tentera. Saya serahkan kamu kepada Allah Ta’ala.” “Baiklah, Amirul Mu’minin.”, balas Hamzah. Pada malam itu juga, Hamzah dan tenteranya bertolak ke Eropah.

Edirne, Eropah- Dua hari kemudian, seorang pegawai datang menghadap Richard. Dia mengatakan bahawa ada seorang utusan datang daripada Darul Makmur untuk menghadap Richard. Richard berkata dengan angkuhnya, “Bawa dia masuk.” Apabila Hamzah bertemu dengan Richard, dia segera memberikan surat itu kepada Richard. Selepas membacanya, Richard mengoyakkan surat itu dan berkata, “Pulanglah kamu wahai orang tak guna ke negeri kamu, dan katakan kepada pemimpin kamu yang kami takkan tunduk kepada kamu selagi sasaran kami tidak tercapai.” Semua orang yang berada di situ tepuk tangan dan bersorak untuk Richard. Kemudian Hamzah bermonolog di dalam hatinya, “Nampaknya pertumpahan darah tidak dapat dielakkan.” Hamzah bersama askarnya pulang ke Darul Makmur dengan perasaan hampa.

Khalifah bertanya kepada menteri-menterinya, “Apa lagi yang patut kita lakukan?” Seorang daripada menterinya bangun dan berkata kepada Khalifah Azfar, “Apa jua keputusan kamu, kami terima.” “Baguslah kalau begitu. Kita akan memulakan penyerangan ke atas Eropah. Diminta kepada Komander Umaiyah, Komander Asqar, Komander Nusyirwan dan Komander Hamzah, sila berjumpa saya selepas ini.” Pada masa yang ditetapkan, keempat-empat komander tersebut berkumpul di dalam bilik mesyuarat. Khalifah Azfar berkata, “Sesungguhnya Allah telah membuka pintu jihad di Eropah. Sesiapa yang ingin menarik diri sila keluar dari bilik ini sekarang.” Namun tiada sesiapa pun yang menarik diri. Belum sempat khalifah ingin menyambung katanya, Hamzah bertanya kepada khalifah, “Wahai Amirul Mu’minin, kenapa sekarang baru kita ingin menyerang Eropah?” Khalifah Azfar menjawab, “Sesungguhnya keputusan yang dibuat secara terburu-buru akan membawa kepada kecelakaan. Kita mestilah siasat terlebih dahulu sebelum memulakan peperangan. Dan apabila sudah terbukti yang Eropah sudah betul-betul memusuhi kita, barulah kita melancarkan seranagan.” Selepas itu, barulah puas hati Hamzah mendengar jawapan tersebut. Khalifah Azfar kemudiannya menyambung semula kata-katanya, “Kita akan mendarat di Cordoba. Tempat itu merupakan kawasan yang tidak berpenduduk . Ia sangat sesuai untuk kita membina pangkalan tentera di sana. Apabila bilangan kita sudah mencukupi, kita akan memulakan kempen kita menentang Eropah. Kita akan bertolak pada malam 10 Safar 1457H.” Semua yang berada di situ setuju.

Pada malam yang ditetapkan, seramai 5,000 tentera yang dipimpin oleh setiap komander bertolak ke Cordoba. Akhirnya, mereka selamat sampai ke Cordoba tanpa pengetahuan Richard dan tenteranya. “Kita akan segera membina pangkalan tentera di sini.” Selepas pusat itu dibina, tentera Islam seramai 50,000 orang yang dipimpin oleh kedua-dua anak Khalifah Azfar iaitu Fakhri dan Azhar menuju ke Cordoba. Mereka juga selamat sampai ke Cordoba. Azhar berkata kepada Komander Hamzah, “Sesungguhnya ayahanda akan memimpin seramai 150,000 lagi tentera. Dia akan mengambil masa selama 7 hari sampai ke sini.” Genap seminggu, Khalifah Azhar bersama-sama tenteranya akhirnya tiba di Cordoba.

“Sekarang kita mempunyai kekuatan ketenteraan seramai 220,000 tentera, 30,000 buah kereta kebal, dan 10,000 jet pejuang.” Jelas Komander Hamzah kepada Khalifah Azhar. Kemudian Khalifah Azhar berkata,“Kita akan memulakan kempen kita dengan menawan Sepanyol, Portugal dan Britain dahulu. Ini adalah kerana ketiga-tiga buah negara ini memberikan sokongan yang kuat kepada Richard di Edirne. Kemudian kita akan dibahagikan kepada lima kumpulan. Kumpulan pertama akan dipimpin oleh Komander Asqar untuk menawan Belanda. Kumpulan kedua pula akan dipimpin oleh Komander Umaiyah untuk menawan Perancis. Kumpulan ketiga akan dipimpin Komander Nusyirwan untuk menawan Mada’in. Kumpulan kamu pula wahai Hamzah, akan menawan Jerman dan kumpulan kelima akan dipimpin oleh saya sendiri untuk menawan Itali. Kita semua akan berkumpul semula di Mada’in untuk menawan Edirne.” Hamzah kemudiannya menyambung, “Saya mendapat tahu bahawa Edirne merupakan sebuah kota yang sangat kebal. Salah satu daripada jet pejuang kita telah diserang kira-kira 10 batu daripada Edirne semasa melakukan pengintipan.” Khalifah Azfar berkata, “Kita akan memikirkan tentang hal itu kemudian. Sekarang misi kita adalah untuk menawan kesemua negara yang disebutkan sebentar tadi.”

Pada hari Jumaat, selesainya Khalifah Azfar memberi khutbah pertamanya dan bersembahyang Jumaat bersama tenteranya di Cordoba, dia teringat akan kata-kata Tariq bin Ziyad, dia berkata kepada tenteranya “Wahai tenteraku sekalian, sesungguhnya di belakang kalian ada laut dan di depan kalian ada musuh, ke manakah kamu hendak lari? Sesungguhnya apa yang kalian ada sekarang ialah kejujuran dan kesabaran.” Selepas khalifah memberi kata-kata semangat kepada tenteranya, dia berkata lagi, “Kita akan memulakan kempen kita pada malam esok.” Dia sekali lagi meminta Umar untuk menulis surat kepada Gabenor Sepanyol. Dalam surat itu tertulis,

“Segala pujian bagi Allah, Pencipta Seluruh Alam dan rasulnya, Nabi Muhammad s.a.w. Surat ini daripada Azfar anak kepada Mu’mein Syirkuwah kepada Henry de Chatillon, Gabenor Sepanyol. Ketahuilah oleh kamu bahawa bala tentera Islam telah mendarat di tanah air kamu tanpa kamu sedari. Kami akan menyerang kamu pada bila-bila masa sahaja. Sebelum itu kami ingin menawarkan perdamaian kepada kamu kerana kami dituntut oleh nabi kami agar sukakan perdamaian. Sekiranya perdamaian ini diterima, hendaklah kamu semua mengucapkan bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, ataupun hendaklah kamu semua membayar jizyah sebagai cukai perlindungan kepada kamu kepada kami. Sekiranya perdamaian ini ditolak, bersedialah kamu untuk diperangi.”

Kemudian Azfar berkata kepada Umar, “Wahai Umar, segeralah hantar surat ini kepada Henry yang berpusat di Malaga. Bawalah bersama kamu seramai 1,000 tentera dan bawalah juga panji Al-Liwa’ dan Al-Rayah ini bersama kamu. Saya serahkan kamu kepada Allah. Semoga kamu selamat.” Umar berkata, “Baiklah, Amirul Mu’minin.”




-Bahagian 1 tamat-

0 comments: